Wednesday, February 5, 2014

Berita baik!

Assalamualaikum readers sekalian, disini saya ingin memaklumkan bahawa restoran zul ikan bakar akan mula beroperasi sehingga malam. Kami tiba dengan pelbagai menu baru. Antaranya gulai panas yang terdiri dari daripada ikan basal, tenggiri, rambai, kembong. Selain itu kami juga menyajikan ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan banyak lagi. Tinggal sebut sahaja. Kami beroperasi dari pukul 5.00 pm hingga 11.00 pm. Untuk pesanan@tempahan sila hubungi kami di 04-955-2598

Sunday, November 3, 2013

Permulaan Penubuhan Res. Zul Ikan Bakar


Assalamualaikum reader ~ Hari ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai restoran saya .

Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2009 dengan seramai 5 orang pekerja termasuk saya dan suami merangkap tuan empunya Restoran Zul Ikan Bakar ini sendiri. Selepas 6 bulan beroperasi , alhamdulillah restoran ini semakin ramai pelangganya. Ada pelanggan dari langkawi sendiri dan juga daripada luar. Pada musim cuti sekolah atau hari perayaan , alhamdulillah pendapatannya semakin banyak. Kami menyediakan masakan ala thai dan ala kampung yang terdiri daripada 20 jenis lauk-pauk. Ikan bakar merupakan menu utama di restoran kami. Sambalnya pula direka sendiri oleh saya. Gulai/Kari merupakan menu utama selepas ikan bakar.

Ikan-ikan yang digunakan adalah segar belaka. Harga yang kami tetapkan juga berpatutan mengikut saiz ikan itu sendiri. Kami juga menerima tempahan dalam bentuk buffet dan banyak lagi. Jika anda ingin ke restoran kami dengan jumlah orang yang ramai , seeloknya menelefon kami dahulu ya di nombor 0174042429 atau 049552598 . Kami akan menyediakan tempat untuk anda mengikut bilangan yang anda tetapkan. Restoran ini dibuat sendiri oleh suami saya , Encik Yahya @ Zul bersama rakan karibnya. Jadi , anda janganlah lupa ke restoran ini jika datang ke langkawi ya !

Ohh tidak lupa juga , restoran kami juga mempunyai kemudahan seperti tandas . Berdekatan dengan restoran kami terdapat kedai runcit, masjid, dan homestay . sekian :)